Persatuan Bisaya

Persatuan Bisaya Sarawak

Latar Belakang Penubuhan

Pada awal tahun 1969, beberapa orang anak-anak Bisaya yang bekerja di Bandar Limbang telah berkumpul dan berunding di sebuah berek kecik Jabatan Kerja raya Limbang lalu menubuhkan satu badan menyatupadu, menjaga dan memelihara hal kebajikan dan kepenting anak-anak Bisaya khasnya dan masyarakat Bisaya secara amnya.

Hasil daripada beberapa pertemuan ini, maka tertubuhlah satu badan yang dipanggilkan sebagai PERSATUAN BISAYA SARAWAK dengan cogankata “SEGANAO” pada tahun 1970.

Pengasas Persatuan

Diantara pengasas Persatuan Bisaya Sarawak ini ialah Saudara Tom Tay Ak Tinun yang kini masih bekerja di Jabatan Kerja Raya Limbang, Saudara Wilfred Yusin Bunjok, Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman ketika itu (sekarang ketua kaum Bisaya bergelar Pemanca) bersama beberapa tokoh Bisaya ketika itu.

Dengan tertubuhnya Persatuan Bisaya Sarawak mengikut undang-undang Negeri Sarawak, maka Mesyuarat Agung Pertamanya diadakan pada tahun 1970 dengan Cikgu Jack George Boogy sebagai Presiden pertama dan Saudara Tom Tay Ak Tinun dipilih sebagai Setiausaha Agongnya. Antara lain pemimpin-pemimpinnya selepas itu ialah Cikgu Dominic Madai Tingkat, Cikgu Edward Guatee Sundai, Pemanca Enjan OK. Yasau (sekarang Temenggong),Saudara Ignatius Josef Bansuan dan sekarang ini di bawah kepimpinan Saudara Antonio Kahti Galis.

Daripada sebuah persatuan yang kecil dengan hanya beberapa orang ahli, Persatuan Bisaya Sarawak kini telah berkembang pesat dengan mempunyai 18 buah cawangan yang terdapat hampir di semua bandar besar di negeri Sarawak. Antaranya ialah Cawangan Bandaraya Kuching, Limbang, miri, Bintulu dan lawas. Berpusat di Limbang, ibupejabat persatuan ini ialah di Balai Raya Persatuan di Kampung Batu Danau, Limbang.

Antara usaha pengasas dan pemimpin awal persatuan ini, ia telah dapat menarik minat ramai golong anak-anak Bisaya yang berpendidikan dan terpelajar menganggotainya dan juga menjadi pemimpin-pemimpinnya.

Dengan menjangkau usia 36 tahun, Persatuan ini sedang melangkah ke era kematangan untuk memenuhi objektif penubuhannya dan bergiat cergas untuk bekerjasama dengan Kerajaan bagi membangunan masyarakat Bisaya agar tidak ketinggalan dalam menikmati peluang dan kemudahan pembangunan yang disediakan oleh pihak pemerintah di bumi merdeka Malaysia ini.

Adalah menjadi harapan agar Persatuan yang dibarisi gandingan pemimpin lama dan baru, membolehkan Persatuan ini mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Dipetik daripada Buku Cenderahati Majlis Pelancaran Dana Pendidikan PBS pada 22 Disember, 2001 di Dewan Suarah, Limbang.

Objektif Penubuhan

Objektif Penubuhan Persatuan Bisaya Sarawak adalah seperti berikut;

* Objektif Pertama – Sebagai Persatuan yang dapat membela & memperbaiki status sosio-ekonomi dalam masyarakat Bisaya
* Objektif Kedua – Memperkenalkan adat resam dan budaya Bisaya kepada umum
* Objektif Ketiga – Memperkembangkan hubungan baik dengan etnik dan pertubuhan lain di Sarawak.
* Objektif Keempat – Memperkembangkan aktiviti diperingkat antarabangsa

Keahlian dan Cawangan

Keahlian adalah dibuka kepada semua individu berbangsa Bisaya yang berwarganegara Malaysia, berumur 16 tahun keatas tetapi ahli di bawah 18 tahun tidak boleh mengundi atau menyandang jawatan bagi peringkat cawangan mahupun persatuan. Delegasi Mesyuarat Agung yang diadakan pada 3 Jun 1991 telah menyenaraikan usul baru iaitu penyertaan ahli juga diterima melalui status Perkahwinan atau seseorang yang telah menukar statusnya kepada bangsa Bisaya. Sehingga kini, terdapat 18 Cawangan Persatuan Bisaya di seluruh negeri Sarawak.

* Cawangan Kuching
* Cawangan Bintulu
* Cawangan Miri
* Cawangan Bandar Limbang
* Cawangan Lawas
* Cawangan Bidang
* Cawangan Ukong/Lubok Lasas
* Cawangan Tanjong
* Cawangan Pengkalan Gurah
* Cawangan Kemidan
* Cawangan Pengkalan Madang
* Cawangan Bambangan/Braong/Kuala Awang
* Cawangan Limpasong
* Cawangan Indug-Sangkar
* Cawangan Tedungan

%d bloggers like this: